♥hEy !♥

Me is BACK (^________^)!

✿ kamU yaNg chOmeL ! ✿

++ sTorey teLLiNg ++
✿ Okehh .. no more searching for Mr. Ohsem
✿ Still ada folower ke belog ni ?? huu ✿ AnywAy, feeL frEe tO reaD :)✿ AssaLammUaLaikUm.
Showing posts with label ♥♥. Show all posts
Showing posts with label ♥♥. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Ujian .. Dugaan .. Musibah .. ♥

Assalammualaikum W.b.t

Kata mak anak dara tak manis bangun lewat, matahari dah terpacak tinggi atas pale. Tapi aku degil. tido jam 3 pagi. bangun jam 7 pagi siap berangan sampai ke pukul 10 pagi sebab dah pesan kat mak kol 7 semalam jam 10 pagi baru bangun. Wahuahuahua. Owhh! Best nye. Hekk. ** saje amek cuti, penat otak keje kira duit memanjang! Kalau dapat seribu sehari masuk poket takpe juga.

Okeh. Dia berangan lebih sudaa.

Eh eh. Tu celite pagi tadi lah. nie dah petang. Selamat berpetangan & bermalaman :)

----------------------

Dugaan. Cobaan. Kemalangan. Dan yang sewaktu dengannya. lebih afdal & mudah difahami jika ianya disebut sebagai “musibah”. ** aisehmenn. Mula la tu nak berbunga-bunga ayat dia!


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia. Tipu jika seseorang itu kata yang dia tak penah di timpa musibah. Sangat menipu tuhh! Setiap orang ada masalah tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian. Tapi sebabnya adalah sama.

Seperti yang kita sedia maklumlahkan, disebalik ujian yang Allah berikan, ada rahsianya yang tersendiri. Sama ada Allah hendak tambah iman kita ataupun hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. ** wahh, seperti bermadah helah pulak. Takpe. Ini untuk kebaikkan bersama!

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah S.w.t kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita lupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri pada kita. Janganlah kita anggap diri kita je ditimpa musibah yang besar, ramai lagi orang-orang yang lebih hebat bahkan lebih teruk dari diri kita ditimpa musibah di luar sana.

Kita kena ingat. Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Sebab Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya. Tengok, betapa sayang & kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Kita diuji bukan kerana dibenci olehNya. Cuma kita sebagai hambaNya tak penah nak bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya ^^

Jadi, seharusnya kita kenalah banyakkan berdoa kepada Allah. Dialah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Takyah lah nak malu untuk merayu, meminta, memohon kepadaNya. Ingatlah, Allah itu Maha Mendengar, Dia takkan penah jemu nak dengar rintihan dari hambaNya ^^


Suka Cik.Bun² nak ingatkan, jika rasa tak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itu pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tau selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang. So kena bersedialah untuk menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah sayang mereka. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah S.w.t. apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! ^^v

Eherm. Suka Cik.Bun² nak menaip panjang berjela nak bertazkirah bagi korang baca sampai terkeluaq air liur basi. Hahaha. Aku menaip panjang berjela mestilah bersebab. Ta penah ta bersebab pon kan :) sambil membaca sambil bermuhasabah diri ^^ baru berkat segala amalan & perbuatan kita :)

Pada mereka-mereka yang mendapat ujian dari Allah, hadapi dengan tenang. Nak diingatkan juga, ujian yang diberikan juga merupakan hukuman atas perbuatan kita pada masa lalu. Kadang kala, Allah bayar cash pada kita di dunia atas perbuatan kita. Allah itu Maha atas segalanya. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bertaubat atas segala perbuatan kita sebelum ini.


Sekian. Habis dah Cik.Bun² bagi tazkirah pada petang ini.

---------------------------

Aku nak berlagak riak sekejap. [ tak berniat pun .... :P ]

Wehh! aku jadik speechless bila abang taiko bab-bab berBelog ni follow belog aku! betul tak tipu. Terasa sangatlah bertuah kerana beliau yang feymess & selalu jadi bualan para kaki blogger telah memFollow belog aku yang tak berapa nak ohsemmm macam belog Yuyu Zulaikha! tak seCunn FatinLiyana! Eh eh. Lupa nak introduced beliau. Beliau adalah Ben Ashaari ! Trimas abg Ben ^^.

u see! i told u oredyy ^^

Kau jangan jeles! [ walhal, korang lagi dulu difollow oleh beliau! cisss ! Maluuu i ! ]

p/s:

~sememangnya yang baik itu datangnya dari Allah S.w.t & yang buruk itu datang dari diri tuan punya belog.

~ sila kongsikan lagi komen yang membina jika ada. Terima kasih^^

Assalammualaikum.

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Friday, February 17, 2012

♥ selamat malam ^^v Alhamdulillah, rezeki aku ♥

assalammualaikumwarohmatullahiwabarokatuhh !

. . . malam yang dingin [ kat luar hujan . . ] . . hee . . sehat ?! . . solat dah ?! makan ?! mandi ?! . . ouhh! bucukk . . . syuhhh3x ! mandi lahh . . ngee ! . .

. . oOh, kenapa tetiba rasa hepi semacam ?! . . [ saje, nak korang tanya . . hukk :P ] . . memang ! memang aku hepi ! hepi tak terhingga . . ada 2 perkara yang buat aku hepi gila gila punya hepi lahh ! . . [ bangga nya ! takk kira, nak share juga ! ] . .

pertama : selama kat rumah ni, nak on9 kena beratur . . tunggu giliran nak guna berukban ! . . citt, sampai terlioq kat bantal tunggu giliran okehh ! tapi sekarang sudah berbeda ! ** cewahh! nak bermadah sikit :P ** . . pakai wireless sudaa ^^v . . so, tak kira masa & suka hatilimpahempeduginjaljantungparuparu aku nak on9 . . * kau jangan dengki ! * . . ## erk ! tolong lempang dak bun2 ni sat ! . . orang lain dah berkurun guna, bun2 baru blajaq bertatih ! cisss !!! ~ dulu tak mampu :( ~ ## . .

kedua : . . bak kata kata aku kat pesbuk . . .

Allah itu Maha Kaya
Ketika pintu rezeki satu tertutup Allah membukakan pintu rezeki yang lain !

. . memang . . rezeki semua orang tak sama . . kadang kala, apa yang kita nak, kita tak dapat . . apa yang kita belajar, belum tentu rezeki kita sama dengan apa yang kita belajar . . mungkin rezeki aku bukan jadi seorang Health Inspector ( cewahh! speaking Lundun sat ! ) . . tapi, seangkatan dalam jurusan kesihatan jugee . . InsyaAllah ^^v . . korang doa doakan lah aku erk . .

~ ape tuhh ?! . . erkk ! ~

. . yang dah curi curi tengok tuhh, korang diam diam je lahh ea . . huu ! . . jangan bising bising . . minta semua nya berjalan dengan baik ja masa tuhh . . sekian terima chenta dari aku . . ** begitulah cerita nya . . ^^v . . ** . .

[ so, pada meeka yang sering berkata "bukan nya takda rezeki, tapi malas mau cari kerja . . " . . sila baca betul betul ayat yang aku dah tulis besaq besaq atas nuh ! . . moral of de ayat is . . . rezeki kita Allah yang tentukan . . walaubagaimanapun kita berusaha, kalau Allah kata rezeki kita kat tempat lain kita kena redha lahh ^^v ]

. . okehh lahh ! saya nak tido . . esok esok aku mencoret lagi . . selamat malam warga belog ^^v . .

p/s :

. . ada orang kata aku nie nakal ! yeke ?! . . ermm . . wat ever . . only those who really know me, know how i am . . hee . . berkawan biar ikhlas . . [ if awak baik, saya baik jugee . . if awak jahat, saya pon boleh jadi jahat jugee . . renung2kan & selamat mencuba :) ] . .

salam ^^v
[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]