♥hEy !♥

Me is BACK (^________^)!

✿ kamU yaNg chOmeL ! ✿

++ sTorey teLLiNg ++
Okehh .. no more searching for Mr. Ohsem
✿ Still ada folower ke belog ni ?? huu ✿ AnywAy, feeL frEe tO reaD :)✿ AssaLammUaLaikUm.

Monday, October 29, 2012

Very Da Sory Cuzzy ...

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t

a very good morning to all. What a wonderfull day. & a happy day for my lovely cuzzy. Yeahh! today was her big day. Big day for her wedding [ nikah ]. I wish i could be there :( [ already plan. What to wear what to do. But as we already know " kita hanya mampu merancang, yang tentukan jadi ke tidak hanya Allah sajee " . Never blamed to anybody, somebody or ur own body >.< !

[ stolen picture. Hee. taken on her E Day ]
However, i wish both of u " Selamat Pengantin Baru. Dipanjangkan Jodoh. Murah Rezeki. & Laju-laju dapat baby yg chomel macam aku ni hahh :P "


Sorry for not being able to attend ur wedding ceremony today. InsyaAllah, will attend ur Sanding on up coming date 3rd Nov. [ praying to Allah .... Aminn :P ]

~~~~~~

Wuu. Sedey tak dapat attend >.<! [ sekolah punya pasal lah ni buat exam hari ni! Adik yang exam, sampai aku aku skali tak dapat p majlis nikah... Huhh! ] Dah lah dia tunang pun aku tak dapat pegi .... toLongg .. toLongg .. teman aku pi majlis sanding die nanti nak?. Somebody .... ?? =.='

Assalammualaikum ....
[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Sunday, October 28, 2012

Badut .. Buaya .. Selipar ..

Links to this post

Assalammualaikum W.b.t

Hari ni ak banyak gelak! Yeahh ... gelakkan orang jugee. Arghh! Pangai tak senonoh aku dah kuaq pulak dah. AstagfirullahAlazimm. Syaitonn apa lah yang mai dekat aku sampai gelak tak pandang kiri kanan. Ishh =.=’

~ Seyess! feels like a clown ..... ~

Kat tempat keja tadi, tak kering gusi aku gelak. Benda bukan lucu pun. Kawan sekeja aku rilekss je tak gelak macam aku. Ciss! Aku ni terlebih gedikss la pulakk (@.@) [ Tak berniat nak tarik perhatian orang okehh???! Lagi pun aku gelak masa tak da coustemer je. Tak delah nampak gedik sangatkan. Hikhik :P ]
Okehh foine! Aku tak bermaksud nak gelar orang ‘BUAYA’. Tapi memang ada sesetengah tu berperangai sedemikian rupa. Siapa orang tu?? Pandai pandai lah korang nilai sendiri ye :)

Ada orang kabo kat ambo. Katanya nak kawen. [ siap suh aku jadi pengapit! Whatt??! ~ dalam hati sukee! Nak amek berkat kata orang tua tua :P ~] Yeahh! Tahniah kepada beliau. Orang nak mendirikan masjid, haruslah bersama sama meraih kegembiraan. Cewahh! Tapi yang spoilnyee, nak kawen tapi takda calon lagi =.=’ ape cerr brO ??! hehe. Pape pon, semoga di percepatkan jodoh buat beliau! Jangan lupa calling calling tau. Siap sedia berkhidmat nak jadi pengapit :P ~ hakhak! Memang gedikss! ~

Hari ni ada majlis cukur jambul anak kepada kazen aku. Kira anak buah aku lettew ^^ congrates my dear cuzzy for da new baby born ^_^ majlis dia tengahari tadi kot. memang tak pegilah kan dah aku keje sampai petang =.=’. kurang lebih pukul 6.30 ptg tadi dengan baju tak tukar, tak mandi ape sume aku pegi umah beliau. Tak lah busuk mana. Sebelum pegi siap buh minyak wangi banyak banyak. Hikhik :P

Sampai rumah beliau, borak borak kejap. Pas tu makan. Aku memang dah set sedia tak makan banyak tengahari tadi. Yelah, nak di bandingkan makanan kat restoran ngan makanan kat rumah, lagi sedap makan kat rumah kan. Bukan lah kata langsung tak makan tengahari tadi, aku kan ada boyfren yang setia menemani di kala kesusahan. Dek kerana kelambatan diri nak makan, dengan macho nya beliau akan menyeksa diri ini :(

Yeahh! It is U mR. GASTRIK! Huhh. Untuk mengelak beliau dari terus menyeksa diri, ada juga beli nasi, seyes kata tak sedap! Kemain keras lagi nasi dia. Terpaksa makan ikan ngan sayur ja. Nasi langsung tak sentuh. Tu pasal sampai 2 pinggan makan tadi. ~ Wahh! Memang tabiat buruk aku suka makan banyak! ~

Perut kenyang. Memang senang hati. Syaitan pon sukee. Baru pukul 8 lebih, aku dah ngantuk dah. Nak tido kat ruang tamu memang tak senonoh lah kan. Nak tahan kelopak mata ni dari tertutup memang menanglah segala syaiton durjana yang melompat lompat keriangan kat kelopak mata aku ni. Maka, aku bertekad nak lepak dalam kete. Walaupun agak tak berapa nak sopan tetibe hilang, lagi tak sopan tidur berdengkur depan orang ramai. Kan kan kan??

Best best dah tido, masa nak balik, kereta wat hal lah pulak. Tak boleh nak start. Nasib baik rumah sekengkang kera je [ agak nya berkengkang kengkang juga kera tu nak sampai kat umah :P ]. Selang 2 3 rumah je. Sebab hari hujan, nek kereta lah. Nasib tak berapa nak malang juga. Aku memang suka main hujan. So, no hal lah jalan kaki blek umah time hujan renyai renyai.

Dalam perjalanan blek, dah rasa lain macam dah. Awat selipar aku macam berat berat je nak berjalan. Aku ni dah lah penakut, tambah lagi benda yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Perghh! Meremang kot. dah setengah jalan, tetiba rasa ringan pulak sebelah kaki aku. Jalan gelap kot, mana nak nampak kaki. Ok foine! Ape guna henpon kalau tak reti nak suluh. Sah! Selipar aku putus rupanya. Sempat lagi aku patah balik amek tapak selipar aku yang tertinggal tu. 

~ huduhh gila ==' ~

Blek umah kaki ayam je lah. Dah la depan rumah tu banyak batu. Sedapp kot ......! Haha. Gelakkan kan orang, dapat sakit pulak :P hikhik.

Ok lahh. Kepala dah feninn. Ada payung, sorok dalam beg, tak sah kalau tak main hujan. Hahaha. Takat ni je nak mencoret dulu. Hee. Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua yee:)

P/s:

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita merancang, Allah yang menentukan ^__^ Semoga di percepatkan jodoh & segala urusan buat mereka mereka :)

Peliss lah korang. Gelak biar bertempat naa :P

~ Tak susah sebenarnya nak jaga hati orang, jangan bila dah sedar orang tu slow slow pergi dari hidup kita, menyesal pun tak guna (^__^) So, hargailah mereka ~

Assalammualaikum ^__________^

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Friday, October 19, 2012

Macam Gud gud jee :P

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t ^^

Hari ini terasa diri macam gud gud je nak beri sepatah dua err ... Acctually berpatah patah ayat kot kepada mereka mereka yang berkenaan. Hee. Sekadar nak berkongsi. Tak salahkan ^^

Perihal bertunang mengikut syariat Islam. Walaupun empunya diri ini sendiri tak da sebarang ikatan mahupun kena mengena dengan perihal tunang tunangan ni, tak salah rasanya berkongsi apa yang aku tau ^^ Yelah, sebelum bertunang pun benda ni dah kita sedia maklum, apatah lagi dah bertunang. Tak gitu ?? :)

Dah nak penghujung tahun dah ni, mesti ramai yang dah merancang nak langsungkan pertunangan kan?? Apatah lagi nak kawen. Gelabah + takut + gembira semua bercampur aduk tolak darab siap bahagi lagi! [ eh! terlebih pulakk :P ] Tapi aku nak storey lebih kepada pertunangan jee. Boleh kan? boleh kan :D

Dalam Islam tiada konsep pertunangan sebenarnya. Ia hanya dicipta oleh adat Melayu je. Kira nya wajib pun tidak, harus pun tidak. Namun begitu, pertunangan bukan tidak digalakkan langsung. Ia boleh dilakukan, tapi taklah secara terbuka.

Majlis Sederhana
Tak perlulah nak membazir duit & masa dengan membuat majlis besar besaran. Zaman sekarang macam dah jadi keutamaan mereka yang ingin bertunang menempah pelamin & khemah hidangan untuk tetamu jemputan yang ramai. Perkara ni langsung tidak digalakkan dalam Islam.

Ahli Keluarga
Nak bertunang, cukuplah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat saja. Tak perlu ajak orang ramai. Sebabnya, pertunangan bukanlah ikatan sah yang menggelarkan diri sebagai pasangan suami isteri.

Status Diri
Dalam Islam, tiada istilah status sudah bertunang. So, takyah sesekali menggembar gemburkan ikatan pertunangan anda. Perkara yang tidak tentu lagi kesudahannya tidak pelu di umumkan kepada orang lain yang tidak berkenaan.

Tidak Berjumpa
Bertunang bukanlah lesen untuk berdua bergerak bebas bersama. Islam masih lagi membataskan pergaulan antara pasangan yang belum ada ikatan yang sah. Kalau nak buat sedemikian rupa, maka silalah usulkan kepada keluarga untuk bernikah dengan segera.

Bincang Tarikh
Sebaik majlis pertunangan selesai, bincang antara kedua-dua belah keluarga untuk menetapkan tarikh pernikahan secepat mungkin. Kan ke perkara baik tu perlu dilakukan dengan segera?? ^^

Wahh! Ayat aku macam gud gud jee kan. Semakin hari fikiran semakin matang. Rasa memang patut dah fikir pasal benda benda macam ni walaupun diri tak sampai ke tahap tu lagi. Sebagai pedoman diri sendiri juga orang orang di luar sana.
Sementara nak suh BFF kesayangan kawen cepat cepat pun ada juga :P Hikhik. Renung-renungkan ^^v

~~~~~~~~~~

Yeahh! Esok ada perlawanan bola lagi! Hari tu aku dah sokong Kelantan! Laa ni aku nak sokong ATM pula. Macam yang aku kata, kalau ada si kembar dalam team tu, kompem aku sokong team diorang main. Wahuahua. ~ Ohh gosHhh! Aku dah jadik pembelot!! Kijamm! ~
Wat everlah. Kalah menang dah deal ngan orang tu. Team yang kalah kena blanja makan. Aku memang suka bab bab makan ni. Yummyumm (^_^)

Tunggu & lihat jelah esok. Kita tengok siapa yang kenaa ............ (^_____________^)

P/s :

For those yang dah bertunang, peliss lah. Jangan coba coba nak gali kubuq sendiri naa. Peace yOo ^^v

Assalammualaikum W.b.t.
[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Friday, October 12, 2012

Nak Sokong Mana Ye .... :)

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t.

Eh eh. Pagi tadi sempat berangan dengan rakan sekerja. KALAUlah tempat kita ni turun salji. Fuhh! Dengan baju bulu bulu. Sambil cedok cedok salji kat luar rumah. Nak bercakap sampai kuar asap asap dari mulut. Best kan??? Haihh! Ta habis habis dengan angan angan tah pape tah. Cuaca punya pasal lah ni. Kejap mendung, kejap hujan, kejap panas! Boleh sakit orang orang dibuatnya.

Hee. Ape yang aku merapuh meraban nie! Abaikan. Abaikan! Hikhik.


Hahh! Aku tak suka. Bila num fon aku suka suki ja orang nak pass kat orang lain yang aku tak kenal! Minta maaf je lah. Aku tak dapat nak layan mereka mereka tu. Bukan kata aku ni sombong ke apa, sebab memang tak kenal pon. Lain ar kalau aku bagi sendiri no fon aku kat orang tu sendiri kan. Haha. [ Cehh! Lagak macam retis je orang nak minta minta no tepon! Perasan tol dak BunBun niE !!! ]
Tak bagi pon sebab salah satu langkah berjaga jaga juga :) Tak semua yang nampak baik tu, baik orang nya. Kadang ada isi tersurat & tersiratnya juga. Kan kan kan?? ^^v Beware :)


Okehh! oOh. Malam ni ada bola ea. Kelantan Vs Selangor. Eherm3x! Testing testing 1 2 3 .... Actually, aku tak reti sangat nak tengok bola ni. Nak sokong yang mana pon tak tau. Sebab ... Aku jenis sokong last minit punya. [ Team mana yang nak menang, kompom tu la aku sokong. Wahuahuahua ]. Tapi, kalau ada si kembar kat team tu, KOMPEM kalah menang aku sokong. ~ gedikk. gedikk c(: ~
Hee. Tapi malam ni kena sokong team Kelantan lah. Sebab kalau menang ada orang tu kata ada hadiah :P oOh! Sukesukesuke! [ Ya Allah! Buruk perangai! Orang nak bagi hadiah baru nak sokong ...! ] Hee. Tak ar. Sungguh sungguh ni sokong! Tapi tak kisah pon, kalah ka menang ka tu dah adat permainan kan ^^ Hee.

OkieeDokiee. Takat ni dulu nak mencoret. Esok esok aku hapdet lagi ^^.

Assalammualaikum.
[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Wednesday, October 10, 2012

Lessons For All :)

Links to this post
Makkk! Mana pi henpon aku?? Baru doploh minit aku tinggal p mandi, hilang tah ke mana! Dah la silent mode ....! Ciss.........

Ahh. Sebok pasal henpon. Bukan ada orang nak mesej pon. Kahkahkah! Abaikan. Nanti bila aku tak cari pepandai lah dia muncul tu.

Pernah tak korang nampak or dengar or what everlah kan yang adik beradik dengan benda yang aku nak cite ni. Seorang ibu yang lebih sayangkan benda yang TAK benryawa berbanding ANAK sendiri??. Pasal benda yang tak da nyawa, sanggup dia kata " sya rasa macam nak bunuh ja anak tu. Aihh. Gerammmm! " Sambil maki maki sumpah sumpah depan orang. Ya Allah. Mak jenis apa macam tu?? Sanggup kuarkan kata kata macam tu pada anak sendiri?? Sebab benda yang tak berapa nak penting pon. Macam tak da agama pula. Tiap kata kata seorang ibu tu kan Doa. Tapi tak tau lah pulak dalam agama dia. Wallahualamm. 

Selalu aku tengok dalam movie movie drama drama. Macam cite Di Bawah Ketiak Isteri ke Bini Bini Ku Gangster ke & yang sewaktu dengannya. Tak pernah jumpa lagi pompuan yang ala ala QUEEN CONTROL! Woww. Kira nya, aku antara yang bertuah la ni. Wahuahua. [ Astagfirullah! Terlebih sudaa! Soeyy :( ] 
Selama ni aku dengar cite die, tengok pangai die macam gud gud je. Seyes tak tipu! Lama lama punya lama aku kenal die, perghhh! Nak berbulu telinga aku dengar segala kata cacian, makian dia. Kalau kat adik adik dia ka, musuh musuh dia ka, tak pa juga. Ni kat LAKI dia sendiri. Kalau beruk dok sebelah aku pun, kompem lari ke hutan juga beruk tu. Ya Allah, tak sedar ka dia sape yang dimaki hamun tu?? Kalau dia tak da, tak terfikir ka dia sape nak tanggung mereka anak beranak?? Paling sedih penah aku dengar, sanggup nak doakan laki dia tu mati. Astagfirullah! 
Dalam Islam, semua pun sedia maklum. Syurga seorang anak lelaki & perempuan yang belum bekahwin adalah di bawah tapak kaki Ibu. Syurga seorang anak lelaki yang sudah berkahwin, juga di bawah tapak kaki ibu. Tapi, syurga seorang perempuan yang sudah berkahwin adalah di bawah tapak kaki suami. Kalau kita derhaka pada suami, tak cium bau syurga la jawab nya. Tapi yang ni, aku tak tau lah. Agama kita berlainan. Pernah aku aju soalan ni pada kawan yang bukan seagama. Aku tanya. Sekadar nak kepastian. Sambil tu tambah pengetahuan sikit. " Dalam agama kitorang macam ni [ macam yang aku explen kat atas tu. ]. Kalau agama korang, syurga seorang isteri?? " ... Hampa! Dia sendiri pun tak dapat nak jawab soklan aku. Hmm. Tak pa lah. At least dia ada gambaran sikit mana letaknya pangkat seorang isteri dalam sesebuah keluarga :) Kitorang sentiasa berdoa supaya 1 hari nanti beliau akan berubah sebelum sesuatu perkara yang tak baik menimpa kat diri beliau. Aminnn.

Orang yang sama, ada pesan kat aku. Kata nya " kalau boleh, korang janganlah berkawan ka kawen dengan orang yang keja 'tutt' atau pun keja 'tuttt'. Semua tak guna. Tak da fungsi. Menyesal sy kawen dengan orang keja 'tutt'. ". Wahh. Hebat nya kata kata beliau.
Lama aku termenung sambil tu berfikir juga. Aku ni bukanlah seorang yang berani menjawab depan orang. Dalam hati boleh lah. Mencurah curah kata kata kat kepala hotak, tak cukup kepala hotak tambah kepala lutut aku lagi nak balas kata kata beliau. Tapi, apakan daya. Aku ni insan yang lemah! Aisehmenn. Tak ar lembut sangat pon. Kadang terlepas juga! Beware =.=' Nak nak aku jawab " Boleh je berkawan ke nak kawen ngan diorang. Bergantung pada sikap kita sendiri nak layan diorang macam mana. Orang bukan tak boleh berubah. Kalau perangai kita macam setan, dia 1000x lagi setan dari awak! Dah tau nak berumahtangga dengan orang yang macam mana, tak payah la dah kawen dah beranak pinak baru nak menyesal! ". Fuhh! Pedas juga ayat ayat aku. Tapi aku cakap dalam hati je lah. Membazir air liur je kalau aku berhujah pepanjang dengan orang yang tak berapa nak sedar diri.

Huhh! Aku bukan nak buka aib orang. Cuma nak berkongsi kisah & situasi yang sangat membengangkan kepala serta boleh menggilakan orang orang terdekat! Astagfirullah ..... Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Semua ni aku jadikan sebagai pengajaran sebelum ke alam berumahtangga. Seyes aku cakap, banyak benda yang bermain kat kepala hotak aku [ even aku belum sampai ke tahap nak berumahtangga pon. Tapi tak salah nak fikir awal awal kan :) ]. Hee. Minta minta dijaohkan dari segala anasir anasir yang tak baik :P InsyaAllah ^^

Ok. Selama ni ada orang nak sabotaj aku. Ewahh ewahh! mentang mentang aku ni kecik kecik je, takat kuli kuli je, boleh nak kena kan aku. Bukan takat aku je yang terkena, orang lain pun kena juga. Tak pe tak pe. Aku bukanlah jenis pendendam walaupun aku ni suka memendam rasa. Cewahh! [ perlahan lahan muslihat ko terbongkar juga ^^v peace yOo ]. Tunggu & lihat je lah apa yang jadi nanti ^^

ItsOkey! Takat ni dulu nak mencoret! [ Henpon. Henpon. Mana menghilang?? Kot kot abe msg. Hakhak! Memang mengade dak Bun2! ] Esok esok aku hapdet lagi ^^v

Assalammualaikum.

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Wednesday, October 3, 2012

Sepetang Bersama . . . . ^_^

Links to this post

Assalammualaikum W.b.t

Er ..... selamat pagi siang petang malam warga belog. Wahh. Sangat berkurun lama tak hapdet belog. Tengok je dashboard, kepala aku dah fenin’. Mana nak tengok komen orang pun aku tak tau nak klik kat mana. Adeihh! Macam sesat kat tengah bandar KL lah pulak =.=’
Pape lah. Yang penting masih boleh hapdet. Walaupun cite tak bape nak ohsemm sangat kan. Hikhik.

Haihh! Raya dah lepas. Sebelum tiba kemuncak raya ri tu, sempat buat open house last punya. Hikhik. Tak lah open house ajak seluruh warganegara datang beraya. Sekadar family terdekat & kawan kawan terdekat. Untung pada mereka yang datang. Sangat rugi pada mereka yang tak datang. Yelah, orang ajak makan free tak datang. Rugi ar. Hahaha. Tapi ..... rugi sebab takda gambo. Iskisk (T.T). takpa lah. Next year panjang umur buat lagi. Bleh snap gambo bebanyak. Heee :D

Then. Ape lagi erk yang ohsemm terjadi semenjak dua menjak aku tak hapdet belog. Hurmm. Hahh! Hari tu aku pegi bank ngan kawan koje cyber. Hensem boy. ~ Haha. Jangan perasan pulak naa ~. Aku admit, yang kitorang ni memang rapat rapat mesra mesra gitu. ~ wahh! Ayat over pulak ~. Dipendekkan cerita. Kakitanganmulut yang dok kat kaunter bank tersebut telah mensalah tafsirkan hubungan kitorang. Boleh depa kata aku ngan dia kapel! Kalau boleh aku nak gelak guling guling turun naik kat lantai bank tu.
Nak kena semelih ngan awek dia apa?? Hee. Kami kawan je lah. Macam adik & kakak. Kalau orang tu dah ada awek ka pakwe, respect lah sikit ngan pasangan diorang kan. Orang nak usik usik aku ngan dia, takkan nak sentap. Kita bukan buat benda salah. Kalau kita tak ganggu hubungan orang lain, orang lain takkan ganggu hubungan kita. Percayalah (^_^)

Beberapa hari lalu aku pegi meeting ngan orang atasan. ~ cewahh! Macam koje opis pulak! Hakhak ~ Ewahhewahh! Kemain jauh nak pegi. 2jam setengah perjalan dari Ranau pegi K. Kinabalu. Sesampai nya di tengah bandar, chantek! Aku sempat masuk shopping mall Centre Point cari tandas. Nampak sangatlah kan tak pernah masuk tandas kat CP, siap tanya orang lagi tandas kat mana =.=’. kol 10 aku dah sampai ofis. Sengal je! 2jam setengah perjalanan yang berliku liku aku tempuh untuk hadir dalam meeting yang tak sampai sejam pun. Kalau dia cakap melalui fon pun aku dah boleh paham dah. Tak yah datang sejauh tu. ~ aisehmenn! Berlagak! ~ dah beh meeting ingat nak lepak ngan adik.
Punah segala harapan! Boleh gila aku tunggu dia sampai kat tengah bandar tu. Maka, terkensellah niat aku nak nengok wayang ke makan makan dengan beliau. Aku sshopping sikit pas tu blek Ranau.

Hari yang sama. Balik dari meeting kat KK, Bff kesayangan AjaGiler [ nama diberi :P ] datang Ranau. Tepat pada masanya. Dia turun dari bas, aku baru sampai je. Dok dalam kete pun penat ape. Dengat semangat setiakawan, penat + gastrik tahap oltramen hampir nak putus nyawa, aku gagahkan diri juga jemput beliau kat stesen bus. Dia lagi penat kot. 6jam perjalanan dari Tawau. ~ aku je terlebih gedik penat nye :P ~
Sempat lepak sejam dua ngan beliau wiff tunang nye. Wahh! Datang Ranau semata mata nak jumpa tunang tersayang! ~ tunang dia pon sanggup naik Ranau dari KK semata mata nak amek dia tau! ~. Part tak best! Aku tak bleh over gelak pulak! Musuh utama aku menyerang. Rasa macam nak mati sebab GASTRIK! Sib bek tak sampai tahap kena jarum kat punggung. Hahahaha! Hee. Aku kalau terlewat timing nak makan, kompem parah ar. Masa puasa tu lain cerita ar. Ada sahur, dah berniat ikhlas nak puasa, kompem masalah gastrik sume tak timbul. Ahhhh! Pape jelah. Janji dapat jumpa ngan beliau.

Hee. Selama ni, ramai yang mensalah tafsirkan status diri ini. Kadang rasa klaka, nak tergelak pun ada. Hahaha. Siti Jaja pun dah nak berbulu ati kot asyik ngadu ngan die. Hakhak. Buat masa ni, takda nak kata apa apa lagi. Hee. Kalau ada, Siti Jaja dulu tau lah sape kan. Hakhak.

Oklah. Nanti aku hapdet story lagi. Mahap lah. Terpanjang pula entry kali ni. Almaklumlah. Lama tak mencoret :P

p/s :

Ada orang tu tak lama lagi nak tamatkan zaman bujang. Hee. Roger roger lah kat Bff kesayangan ni ye ^_^ InsyaAllah, Panjang umur, ada la kelibat aku kat majlis ko ^_*

~Assalammualaikum ~  

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]