♥hEy !♥

Me is BACK (^________^)!

✿ kamU yaNg chOmeL ! ✿

++ sTorey teLLiNg ++
Okehh .. no more searching for Mr. Ohsem
✿ Still ada folower ke belog ni ?? huu ✿ AnywAy, feeL frEe tO reaD :)✿ AssaLammUaLaikUm.

Sunday, April 29, 2012

Ujian .. Dugaan .. Musibah .. ♥

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t

Kata mak anak dara tak manis bangun lewat, matahari dah terpacak tinggi atas pale. Tapi aku degil. tido jam 3 pagi. bangun jam 7 pagi siap berangan sampai ke pukul 10 pagi sebab dah pesan kat mak kol 7 semalam jam 10 pagi baru bangun. Wahuahuahua. Owhh! Best nye. Hekk. ** saje amek cuti, penat otak keje kira duit memanjang! Kalau dapat seribu sehari masuk poket takpe juga.

Okeh. Dia berangan lebih sudaa.

Eh eh. Tu celite pagi tadi lah. nie dah petang. Selamat berpetangan & bermalaman :)

----------------------

Dugaan. Cobaan. Kemalangan. Dan yang sewaktu dengannya. lebih afdal & mudah difahami jika ianya disebut sebagai “musibah”. ** aisehmenn. Mula la tu nak berbunga-bunga ayat dia!


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia. Tipu jika seseorang itu kata yang dia tak penah di timpa musibah. Sangat menipu tuhh! Setiap orang ada masalah tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian. Tapi sebabnya adalah sama.

Seperti yang kita sedia maklumlahkan, disebalik ujian yang Allah berikan, ada rahsianya yang tersendiri. Sama ada Allah hendak tambah iman kita ataupun hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. ** wahh, seperti bermadah helah pulak. Takpe. Ini untuk kebaikkan bersama!

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah S.w.t kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita lupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri pada kita. Janganlah kita anggap diri kita je ditimpa musibah yang besar, ramai lagi orang-orang yang lebih hebat bahkan lebih teruk dari diri kita ditimpa musibah di luar sana.

Kita kena ingat. Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Sebab Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya. Tengok, betapa sayang & kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Kita diuji bukan kerana dibenci olehNya. Cuma kita sebagai hambaNya tak penah nak bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya ^^

Jadi, seharusnya kita kenalah banyakkan berdoa kepada Allah. Dialah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Takyah lah nak malu untuk merayu, meminta, memohon kepadaNya. Ingatlah, Allah itu Maha Mendengar, Dia takkan penah jemu nak dengar rintihan dari hambaNya ^^


Suka Cik.Bun² nak ingatkan, jika rasa tak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itu pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tau selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang. So kena bersedialah untuk menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah sayang mereka. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah S.w.t. apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! ^^v

Eherm. Suka Cik.Bun² nak menaip panjang berjela nak bertazkirah bagi korang baca sampai terkeluaq air liur basi. Hahaha. Aku menaip panjang berjela mestilah bersebab. Ta penah ta bersebab pon kan :) sambil membaca sambil bermuhasabah diri ^^ baru berkat segala amalan & perbuatan kita :)

Pada mereka-mereka yang mendapat ujian dari Allah, hadapi dengan tenang. Nak diingatkan juga, ujian yang diberikan juga merupakan hukuman atas perbuatan kita pada masa lalu. Kadang kala, Allah bayar cash pada kita di dunia atas perbuatan kita. Allah itu Maha atas segalanya. Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bertaubat atas segala perbuatan kita sebelum ini.


Sekian. Habis dah Cik.Bun² bagi tazkirah pada petang ini.

---------------------------

Aku nak berlagak riak sekejap. [ tak berniat pun .... :P ]

Wehh! aku jadik speechless bila abang taiko bab-bab berBelog ni follow belog aku! betul tak tipu. Terasa sangatlah bertuah kerana beliau yang feymess & selalu jadi bualan para kaki blogger telah memFollow belog aku yang tak berapa nak ohsemmm macam belog Yuyu Zulaikha! tak seCunn FatinLiyana! Eh eh. Lupa nak introduced beliau. Beliau adalah Ben Ashaari ! Trimas abg Ben ^^.

u see! i told u oredyy ^^

Kau jangan jeles! [ walhal, korang lagi dulu difollow oleh beliau! cisss ! Maluuu i ! ]

p/s:

~sememangnya yang baik itu datangnya dari Allah S.w.t & yang buruk itu datang dari diri tuan punya belog.

~ sila kongsikan lagi komen yang membina jika ada. Terima kasih^^

Assalammualaikum.

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Wednesday, April 11, 2012

Kisah Manusia :)

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t

Ishh! Ada orang tegur, kata jerawat aku makin banyak. Then dia siap doakan ada 300 bijik lagi nak tumbuh kat muka aku ni. Aku agak, mulut dia memang masinlah! Kalah rasa air laut. Laa ni muka aku dipenuhi dengan jerawat jerawat kecik kecik ala ala taik gigi kat celah celah gigi dan gusi kau. Ishh lagi! Mungkin jerawat yang tumbuh sekarang ni adalah jerawat yang ke 255 bijik. Lagi 45 bijik tumbuhlah cepat cepat. Ishh .. ish .. ishh dan ishh lagi lah! =.=”

Daripada kau doakan jerawat aku tumbuh berbijik bijik, baik kau doakan aku supaya cepat kawen! Kan ke mulut kau masin ?? kan kan ??! [ ehh tergatal lah pulak! ]

Ehh ehh! Cite tentang kawen, seyes ramai dah kawen geng geng aku dulu. Dari yang dok jadi gengster time sekolah dulu siap tarik tarik rambut / nak hentak kepala orang dengan bata lagi yuu ! sekarang semua dah jadi mama, dah beranak pinak, dah jadi bini orang. Jeles i tengok  == ! [ jodoh depa awal! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu tau! Jangan pulak jadi gengster bila dah ada laki. Kesian :) ]

Haa! Lagi nak kaboo kat u oll. Bfff kesayangan aku pun dah nak tunang dalam masa tedekat ni. Bukan seorang. Bukan 3 orang. Dan bukan juga 4 orang. Tapi 2orang. Jee. Ngehehe :P tumpang gembira pada mereka. [ hakikatnya, lagi berganda gandalah kejelousan aku pada mereka .. ciss ! ] dat doesn’t mean aku tak doakan kebahagiaan mereka. Dah jodoh diorang ^^ u guys cepat cepat lah kawen. Transport jangan lupa sponsor tau ^^v kite kan BFF .. hahakk.

Hee .. maaflah. Ayat di atas agak tergedik gedik. Saja nak bagitau kawan kawan aku dah kawen & dah nak jadi tunangan orang. [ dah ikat tuhh, jangan nak berfoya foya dah! ].

Nak share berita gumbira. AKU DAH JADI AUNTIE lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............. hahaha. Tu je. Aku suka lah ramai nak panggil aku AUNTIE pas ni. Hee .

Nak share berita sedih juga. Baru petang tadi abang aku call. Adik kepada nenek aku, merangkap makcik kepada ayah aku di sahkan meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah. Semoga roh beliau di cucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Baiklah. Setakat ini saja coretan Cik Bun Bun malam ini. Selamat malam semua.

p/s :

~ jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sama ada cepat atau lambat jee ^^

~ kelahiran orang baru. Penyambung warisan. Juga merupakan fitrah yang suci bahkan anugerah Allah yang sangat istimewa. Hargai & didiklah beliau dengan sebaiknya ^^

~ sekembalinya manusia ke tempat asal. Kita hanya mampu berdoa untuk mereka.
Wahai Allah, ampunilah beliau, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin....”

Assalammualaikum ^^v

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Monday, April 9, 2012

Tiada paksaan dalam berkawan ^^

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t.

Ehh ehh .. Hari tu kan, masa tengah usha usha dinding mukabukulalikakikiri, dengan sengaja lah kan terbaca komen komen kuman manusia ni. Ini berkait rapat dengan bloggerlah. [ lelaki ka pompuan ka pondan ka biarlah rahsia. Tak baik buruk buruk kan orang ].

Berbalik pada komen beliau yang berbunyi begini “awak follow saya dulu baru saya follow awak ...”. kau tak rasa macam nak bagi selipar kat dia ke?. Nak kabo kat kome lahh kan. Kita nak berkawan biar ikhlas dari hati yang suci murni. * ehh ehh .. murni ke? Alhamdulillah kalau suci ^^ beliau berkata sedemikian rupa bagai suatu paksaan & juga ugutan [ mean, kalau tak follow beliau, beliau ugut bahawasanya beliau tidak akan follow belog korang! nampak sangat tiada keikhlasan dalam berkawan.]

Kalau belog Hensem seperti abe Ben Ashaari takpe juga. Kalau se ohsemm seperti belog Yuyu Zulaikha aku pakat ramai ramai follow belog beliau. Dan jika belog beliau se cun Fatin Liyana boleh aku dok depan Lappy 24 jam setengah baca entry yang dah lapuk!

Ishh! Setelah beliau komen seperti itu, aku macam dah malas nak klik kat link belog beliau. Tak dinafikan itu memang salah satu cara nak tambah follower kat belog, tapi tak payah lah nak dok paksa paksa orang ugut ugut orang macam tu. Kalau agak agak belog boleh feymes macam belog belog yang dinyatakan di atas, kau tak payah ugut pun, orang memang akan follow punya lah. Kan? ~

Ehh ehh. terEMO pula aihh!. Ingat tau. Tiada paksaan dalam berkawan ^^ yang penting IKHLAS.

Okeh. Ni saja cite wat malam ini. Esok esok aku hapdet lagi [ walaupun entry tak seBest entry Yuyu :) ].

p/s:

baca saja ka? Like lah skali! [ paksa ni .. paksa ni grrr ^^v ]

Assalammualaikum ^^

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Sunday, April 8, 2012

Weekend : bermain dengan ikan ^^

Links to this post
Assalammualaikum W.b.t

Cakk ! ^^ [ kau buat-buatlah terkejut! ]

Bertemu kembali :) . selamat malam semua. Sihat? Dah solat? Dah makan?. Kalau dah, gud2x jee :P hee. Saya? Okehh & all done oredy :P

Tadi teringin nak makan taugeh. Petang tadi singgah pasar beli taugeh. Pastu beli ikan bakar 2 ekor, sayap panggang 6 ketul ngan bon*** 3 batang!. Sampai rumah lepak kejap sambil buang tebiat kat dinding mukabuku sambil tukar Dp yang gojes. Pukul 6.30 p mandi, wat pa semua yang patut pas tu jam 7 tinggal nak masak sayur sebab lauk yang sedap-sedap dah beli. Sayur taugeh masak terjun jee. # tawaqqq kemain!. Alahh, abang doktor kata kurangkan garam dalam makanan :P.

Ehh! Terover cerita tentang makanan. ** erk! TERmengada sikit bercerita. Wal hal nak bagitau kat lelaki-lelaki semeleysiah,kalau boleh seluruh dunia yang cuba nak tekel aku, bahawasanya tuan punya diri tak pandai masak! [ macam bodobodo je ayat minah ni ... perasan kemain! ]

Petang tadi aku lepaking lagi. Ya, itulah aktiviti hujung minggu aku. Lepak bersama yang tersayang. I mean, teman sekerja yang tersayang. *cewahh! Sayangg keee :P

Aku sayang orang orang yang ada dekat dengan aku. Tak kira lah mereka lelaki, mahupun perempuan bahkan pondan sekali pun aku sayang. *Ehh, lucuu! Itu kalau yang aku kenal. Haha.

Ehh ehh! Berbalik pada ceciter lepaking! 

Petang tadi aku lepak ngan geng tokeh-tokeh emas tempat aku kerja. Weekend ni kitorang pergi Luanti.

Luanti tu makanan ke? Shopping mall ke? Giant ke? Mid Valley ke? Klang Valley ke? Sunway Pyramid ke?. Bukan. Luanti adalah tempat ikan-ikan makan daki kat badan orang. If ikan tu suka kat hangpa & dengan beramai-ramai ikan tu tawaf kat hangpa, mean daki kat badan korang tebal melebihi seInci kot. Tipu.

Luanti sebenarnya sama je macam tempat reflexology yang ada kat mall-mall kat KayL tuhh. Bezanya Cuma ikan dia kat sini sebesar betis kau. Tipu lagi. Tapi ikan-ikan dia memang besar gedebakk. Kau sendiri malu nak masuk dalam sungai tersebut kerana memang sah-sah daki kat kaki kau tebal kemain buatkan ikan tu dengan tanpa rasa segan & silu datang nak kiss-kiss kaki kau. Siyess tak tipu.

Untuk maklumat lebih lanjut sila tekan-tekan SINI. [ malas nak cecite pepanjang. Kau kan pandai membaca? ] *berlaku kijammm!


Hee. Rugi juga pegi time ni. Sebab hari hujan dapat lepak setengah jam saja. Terbatas lah pergerakan & aktiviti snap snap gambar ni. Huu. tak pa, yang penting enjoy hahaha.

Aku selitkan jugalah gambar-gambar yang tak tau malu ni. [ Sah-sah lah malu sebab daki tebal. Wahahaha :) ]

~ selamat datang ... korang reti baca kan ... ^^ ~

~ pas beli tiket kat kaunter depan [ i tak sempat snap pict kaunter depan gara2 eksited yang teramat memandangkan ini pestime aku pi tepat ni yuu ! demm ..] HARUSLAH check-in di sini. ~ * macam hotel pulakk aihh :P 

~ arrow biru menunjukkan tempat orang bersukaria [ karoke okehh .. bukan wat tiger show!] .. malang nya, tym kitorg pegi, Kosong jeee ........ ~

~ kau nampak tak tangga tu? aku sebenarnya nak panjat atas nuhh .. nak lah juga jadi ala-ala model kan, tapi memandangkan ari hujan, maka ter kensellah niat di hati suci ini ... *puii! modelll keee :P ~

~ ini pulak tangga nak turun bawah sungai tu. * haruslah mengambil gambar kerana ini merupakan laluan penting untuk sampai ke destinasi yang ingin di tuju .. cewahhhh! ayat tak bleh blahhh ^^ ~

~ pelisss u oll! sebelum masuk sila baca peraturan-peraturan ini! # erkk! aku siap sepak sepak ikan tuhh.. sape suh gatai sangat nak kiss kiss kaki aku! ... nahh amekk tendangan maut dari aku ! :P ~
** maka kesalahan aku adalah pada peraturan ke 7 .. tak tau sub seksyen berapa! ciss ... **
~ Subhannallah! cantik sungguh ciptaan Tuhan ... kalau kau datang kompem curik ikan 2 3 ekor nak bawa balik sebab ta cukup masa nak berKiss kiss ngan ikan. * dah lah masuk 15 minit ja .. bapakk mahal gila nak bayar tuk 15 minit! ~

~ ni kebal ... tangan dah abeh ne gigit ikan masih nak maen .. tuii :) ~

~ hamboihh cik kak .. kemain posing nyeee :) ~

~ takutt lah tuu :P ~

~ mak & anak .. chomel ^^ ~

~ anak beranak ... sweet ! ~

~ kau tengok! walaupun geli nak masuk, kerana ke eksitedan aku, aku kuatkan iman & keraskan tahi je masuk dalam ni.. pedulik hape aku ne gigit ... aku sepak2 je ikan yang gatai mai dekat nak kiss kiss kaki aku! ~

~ control tuhh .. kalau bleh nak je pijak sekor2 yang datang rapat! huahuahuahua ... ~

~ manja manja gitu nak bagi makan :P ~

~ ada macam deting tepi laut tak? .. hebakk :) ~

~ hujann wehhh! lalalaaa ~

~ begegar tempurung lutut ni. ikan sebesar betis kau tau! perghhh! kalau ada incik boyfren, kompem aku mintak dukong ! wahuahuahua #gataii naa .. aku gurau jeee ^^v ~

~ mai rapat2 ! makan free .. maka, dengan jayanya daki daki kat kaki aku berjaya di vakum oleh ikan2 nie .. belum aku rendam 1 body haa! kulit kulit sekali dia makan .. nayaa ! ~

~ konon je tuhh!nak tunjuk kat orang orang yang aku ni pemBerani lah kan .. wahuahuahua ~

~ ikan ohh ikan ... ramai kannn ??!! ~

~ geli aku ! euww .. 1st tym ikan datang pusu pusu mai isap2 tangan aku! *aku genggam baja, depa dok  ramai2 datang serang .. hisap cam vakumm jerr .. perghh! dahsyattt! ~

~ depa dok gesel gesel badan kat kaki aku .. euww! ~


Okehh. Tu je gambar yang aku sempat upload. Almaklumlah, dah jauh malam ni. Tipu lagi dan lagi tipu.

Hee .. best kan tempat ni? rugi orang ajak tak nak pegi .. hakkhakk ..Erk, rasa macam nak sesema. Sebab maen hujan yang tak berapa nak lebatlah kan. Ahakk. Nak tidur sweet sweet ni. Esok nak keje lagi.

Selamat bertiduran kepada anda anda sekalian alam. Esok esok aku hapdet lagi okeh bebeh? ^^

p/s :

Sebelum tidur, amalkan ini ye .....

♥ Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

♥ Baca Tasbih Fatimah

♥ Baca Surah 4 Qul

♥ Ambil Wuduk

♥ Solat Sunat Taubat 2 Rakaat

♥ Sedia untuk Maafkan semua kesalahan orang

♥ Tidur dengan cara mengiring ke kanan ~ Sunnah Rasulullah tau ^^v ~

♥ Baca Ayat Kursi & Al-Fatihah

♥ Mengucap kalimah syahadah

♥ Muhasabah diri

♥ Baca doa sebelum tidur




" Ya Allah, bersihkanlah fikiranku, hatiku kerana hari esok aku ingin menjadi lebik baik, berjaya, ceria, aktif, bersemangat & positif . . aminnn ♥ "

Assalammualaikum ^^v

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

Sunday, April 1, 2012

Renungan Bersama :)

Links to this post
Intro nak tunjuk gamboo yang cun sat ** hakk tuii .. pasann ! :P



Nak kongsi cerita.

Cinta muka buku ? cinta internet ? cinta senegeri ? cinta berlaian negeri ? cinta berlainan agama ?. ohh, memang tak salah. Jodoh kita memang dah ditetapkan oleh Allah. Cuma kita tak tahu siapa. Baik, ketepikan soal cinta. Hee ..


Ini cerita tentang orang kita. Tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Dusun ke apa-2 yang berkaitan dengan bangsa & juga negara kita, Malaysia. [ mahap! Bukan nak suh buka buku sejarah :) ]

selama aku bersosial / beramah mesra dengan manusia-manusia di sekeliling aku, adalah aku buat research aku sendiri. Terutama dengan orang tempatan, tak kira asal dari negeri mana-mana lah. [ kalau aku dah cakap negeri tuh, kau jangan pepandai lak pikiaq orang asing! ]. Tak kira masa aku belajar dulu atau dah kerja sekarang.

Daripada research yang aku buat, 45% manusia-manusia ni suka bershopping! [ itu adalah perkara wajib bagi mereka yang berada di luar liputan kawasan mereka :P ] manakala 35% manusia-manusia ni suka melancong [ alang-alang dah kat tempat orang, berjalan je lah koje nye! ]. 20% suka berhibur [ part ni aku tak suka! ].

Aku nak cite part 20% tu je. Yang lain, abaikan!

Berhibur! Maksud si penulis belog ini adalah berhibur dengan cara tak sihat lah kan. [ ikut aku nak letak ape aku suke, nie research aku! ]. Manusia ni kadang-kadang nak berhibur dengan cara yang salah. Bukan saja salah di sisi undang-undang, malah di sisi Agama Bah kan di sisi Allah! ** kau paham tak maksud aku?? ..

Kalau benda tuh dah salah di sisi Allah, maka korang tau lah apekebendenye cara berhibur yang salah!. Aku sendiri malu nak cakap! Sebab si pelakunya itu sendiri adalah makhluk ciptaan-Nya & yang sepatutnya patuh pada suruhan-Nya & meninggalkan larangan-Nya.

Tak salah kita berkawan / bercinta jika berlainan agama, bangsa tak pun negara. Kot ye pun nak berkawan / bercinta, kena lah sedia maklum tentang batas-2 nya. Bukan nak suka hatilimpahempeduginjaljantungparuparu korang nak buat batas-2 sendiri. *aisehmenn! Macam pape tah aku nie ...

Bukan nak buka aib sesiapa. Cuma nak saling ingat mengingati di antara kita yang beragama Islam. Kalau dah ‘buat’ [zina] dengan lelaki / perempuan bukan muhrim yang beragama Islam berdosa, apatah lagi buat’ dengan lelaki / perempuan bukan muhrim yang bukan beragama Islam ??. Nauzzubillah ...

Jiwa remaja. Tapi takda lah remaja lagi kalau usia mencecah 20an. Kira dah dewasa, tau mana baik, mana tak baik. Mana pahala, mana dosa. Mana yang boleh, mana yang tak boleh. Tambah-2 lagi, orang ni berasal dari orang-2 yang memang didikkan agamanya lebih tinggi dari tempat yang dia menetap sekarang. Tapi sayang, didikkan agama yang dia ada, dia tak praktikkan! Apa yang salah, apa yang dosa, apa yang tak boleh itulah yang dia buat! **bikin panasss! Jangan sampai orang pandang hina dengan kaum / bangsa kamu. Juga Agama kamu!

Pada mereka-2 yang berkenaan, berhentilah nak rosakkan anak orang. Tau lah kau tu ada rupa, ada kerjaya, berkemampuan. Tapi sayang seribu kali sayang, kau salah guna kelebihan & nikmat yang kau ada. Mungkin mereka-2 tu seronok + bangga diri sebab dapat berbuat sedemikian rupa. Tapi beringatlah yee, jangan sampai Allah suntikkan penyakit lain baru nak menyesal sudaaa. Bak kata pepatah ......


Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak perbuatan .............. [ sila isikan tempat kosong dengan ayat korang sendiri ^^ ]

Kita datang kat tempat orang nak menimba ilmu / mencari rezeki. Kita datang dengan cara yang baik, kita tinggalkan tempat tu dengan nama yang baik. [ maksud aku, bila kau dah blahh dari tempat orang biarlah orang bercakap tentang kebaikkan kau, bukan keburukkan kau! ].

Bukan nak tuduh siapa. Cuma nak menyedarkan orang-orang zaman sekarang. Tak kira lah lelaki atau pun perempuan. Masing-masing dah pandai berfikir. A’ah, aku sendiri pun bukan lah warak ke alim sangat pun. Sekurang-kurangnya akal dan fikiran yang diberikan oleh Allah, gunalah dengan sebaiknya. Jangan sampai akal kita di samakan dengan akal seekor binatang.



Renung-renungkan & selamat merenung masa depan ^^v

Okehh bebehh sekalian! Penat aku berhujah panjang berjela. Bukan apa, hati tercabar & terpukul dek kerana perbuatan seorang makhluk Allah di muka bumi ini. **memang banyak kita dengar kes2 mcm nie, tapi jangan sampai orang kata kaum hawa kat tempat kita ni ‘RELA’.. kau faham kan maksud aku?? ..


Ishh. Dah2x .. nak kata lebih dalam ni pun, takut u oll termuntah cekedis pepel pulak aihh! Esok2x aku bercerita lagi. Selamat petang semua :)

p/s :

Erk. Mahap lah, terlebih jadi Dr. Fadzillah Kamsah pulak dohh ^^ .. tak berniat nak mengata orang. Apatah lagi nak buruk-2kan orang. Cuma nak berkongsi isu-2 semasa dengan u oll saja.

Baiklah. Yang baik itu datang nya dari Allah S.w.t. Yang buruk tu dari diri saya :)

Sama-2 kita beramal ye.

Assalammualaikum ^^


[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]