♥hEy !♥

Me is BACK (^________^)!

✿ kamU yaNg chOmeL ! ✿

++ sTorey teLLiNg ++
Okehh .. no more searching for Mr. Ohsem
✿ Still ada folower ke belog ni ?? huu ✿ AnywAy, feeL frEe tO reaD :)✿ AssaLammUaLaikUm.

Sunday, April 8, 2012

Weekend : bermain dengan ikan ^^

Assalammualaikum W.b.t

Cakk ! ^^ [ kau buat-buatlah terkejut! ]

Bertemu kembali :) . selamat malam semua. Sihat? Dah solat? Dah makan?. Kalau dah, gud2x jee :P hee. Saya? Okehh & all done oredy :P

Tadi teringin nak makan taugeh. Petang tadi singgah pasar beli taugeh. Pastu beli ikan bakar 2 ekor, sayap panggang 6 ketul ngan bon*** 3 batang!. Sampai rumah lepak kejap sambil buang tebiat kat dinding mukabuku sambil tukar Dp yang gojes. Pukul 6.30 p mandi, wat pa semua yang patut pas tu jam 7 tinggal nak masak sayur sebab lauk yang sedap-sedap dah beli. Sayur taugeh masak terjun jee. # tawaqqq kemain!. Alahh, abang doktor kata kurangkan garam dalam makanan :P.

Ehh! Terover cerita tentang makanan. ** erk! TERmengada sikit bercerita. Wal hal nak bagitau kat lelaki-lelaki semeleysiah,kalau boleh seluruh dunia yang cuba nak tekel aku, bahawasanya tuan punya diri tak pandai masak! [ macam bodobodo je ayat minah ni ... perasan kemain! ]

Petang tadi aku lepaking lagi. Ya, itulah aktiviti hujung minggu aku. Lepak bersama yang tersayang. I mean, teman sekerja yang tersayang. *cewahh! Sayangg keee :P

Aku sayang orang orang yang ada dekat dengan aku. Tak kira lah mereka lelaki, mahupun perempuan bahkan pondan sekali pun aku sayang. *Ehh, lucuu! Itu kalau yang aku kenal. Haha.

Ehh ehh! Berbalik pada ceciter lepaking! 

Petang tadi aku lepak ngan geng tokeh-tokeh emas tempat aku kerja. Weekend ni kitorang pergi Luanti.

Luanti tu makanan ke? Shopping mall ke? Giant ke? Mid Valley ke? Klang Valley ke? Sunway Pyramid ke?. Bukan. Luanti adalah tempat ikan-ikan makan daki kat badan orang. If ikan tu suka kat hangpa & dengan beramai-ramai ikan tu tawaf kat hangpa, mean daki kat badan korang tebal melebihi seInci kot. Tipu.

Luanti sebenarnya sama je macam tempat reflexology yang ada kat mall-mall kat KayL tuhh. Bezanya Cuma ikan dia kat sini sebesar betis kau. Tipu lagi. Tapi ikan-ikan dia memang besar gedebakk. Kau sendiri malu nak masuk dalam sungai tersebut kerana memang sah-sah daki kat kaki kau tebal kemain buatkan ikan tu dengan tanpa rasa segan & silu datang nak kiss-kiss kaki kau. Siyess tak tipu.

Untuk maklumat lebih lanjut sila tekan-tekan SINI. [ malas nak cecite pepanjang. Kau kan pandai membaca? ] *berlaku kijammm!


Hee. Rugi juga pegi time ni. Sebab hari hujan dapat lepak setengah jam saja. Terbatas lah pergerakan & aktiviti snap snap gambar ni. Huu. tak pa, yang penting enjoy hahaha.

Aku selitkan jugalah gambar-gambar yang tak tau malu ni. [ Sah-sah lah malu sebab daki tebal. Wahahaha :) ]

~ selamat datang ... korang reti baca kan ... ^^ ~

~ pas beli tiket kat kaunter depan [ i tak sempat snap pict kaunter depan gara2 eksited yang teramat memandangkan ini pestime aku pi tepat ni yuu ! demm ..] HARUSLAH check-in di sini. ~ * macam hotel pulakk aihh :P 

~ arrow biru menunjukkan tempat orang bersukaria [ karoke okehh .. bukan wat tiger show!] .. malang nya, tym kitorg pegi, Kosong jeee ........ ~

~ kau nampak tak tangga tu? aku sebenarnya nak panjat atas nuhh .. nak lah juga jadi ala-ala model kan, tapi memandangkan ari hujan, maka ter kensellah niat di hati suci ini ... *puii! modelll keee :P ~

~ ini pulak tangga nak turun bawah sungai tu. * haruslah mengambil gambar kerana ini merupakan laluan penting untuk sampai ke destinasi yang ingin di tuju .. cewahhhh! ayat tak bleh blahhh ^^ ~

~ pelisss u oll! sebelum masuk sila baca peraturan-peraturan ini! # erkk! aku siap sepak sepak ikan tuhh.. sape suh gatai sangat nak kiss kiss kaki aku! ... nahh amekk tendangan maut dari aku ! :P ~
** maka kesalahan aku adalah pada peraturan ke 7 .. tak tau sub seksyen berapa! ciss ... **
~ Subhannallah! cantik sungguh ciptaan Tuhan ... kalau kau datang kompem curik ikan 2 3 ekor nak bawa balik sebab ta cukup masa nak berKiss kiss ngan ikan. * dah lah masuk 15 minit ja .. bapakk mahal gila nak bayar tuk 15 minit! ~

~ ni kebal ... tangan dah abeh ne gigit ikan masih nak maen .. tuii :) ~

~ hamboihh cik kak .. kemain posing nyeee :) ~

~ takutt lah tuu :P ~

~ mak & anak .. chomel ^^ ~

~ anak beranak ... sweet ! ~

~ kau tengok! walaupun geli nak masuk, kerana ke eksitedan aku, aku kuatkan iman & keraskan tahi je masuk dalam ni.. pedulik hape aku ne gigit ... aku sepak2 je ikan yang gatai mai dekat nak kiss kiss kaki aku! ~

~ control tuhh .. kalau bleh nak je pijak sekor2 yang datang rapat! huahuahuahua ... ~

~ manja manja gitu nak bagi makan :P ~

~ ada macam deting tepi laut tak? .. hebakk :) ~

~ hujann wehhh! lalalaaa ~

~ begegar tempurung lutut ni. ikan sebesar betis kau tau! perghhh! kalau ada incik boyfren, kompem aku mintak dukong ! wahuahuahua #gataii naa .. aku gurau jeee ^^v ~

~ mai rapat2 ! makan free .. maka, dengan jayanya daki daki kat kaki aku berjaya di vakum oleh ikan2 nie .. belum aku rendam 1 body haa! kulit kulit sekali dia makan .. nayaa ! ~

~ konon je tuhh!nak tunjuk kat orang orang yang aku ni pemBerani lah kan .. wahuahuahua ~

~ ikan ohh ikan ... ramai kannn ??!! ~

~ geli aku ! euww .. 1st tym ikan datang pusu pusu mai isap2 tangan aku! *aku genggam baja, depa dok  ramai2 datang serang .. hisap cam vakumm jerr .. perghh! dahsyattt! ~

~ depa dok gesel gesel badan kat kaki aku .. euww! ~


Okehh. Tu je gambar yang aku sempat upload. Almaklumlah, dah jauh malam ni. Tipu lagi dan lagi tipu.

Hee .. best kan tempat ni? rugi orang ajak tak nak pegi .. hakkhakk ..Erk, rasa macam nak sesema. Sebab maen hujan yang tak berapa nak lebatlah kan. Ahakk. Nak tidur sweet sweet ni. Esok nak keje lagi.

Selamat bertiduran kepada anda anda sekalian alam. Esok esok aku hapdet lagi okeh bebeh? ^^

p/s :

Sebelum tidur, amalkan ini ye .....

♥ Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

♥ Baca Tasbih Fatimah

♥ Baca Surah 4 Qul

♥ Ambil Wuduk

♥ Solat Sunat Taubat 2 Rakaat

♥ Sedia untuk Maafkan semua kesalahan orang

♥ Tidur dengan cara mengiring ke kanan ~ Sunnah Rasulullah tau ^^v ~

♥ Baca Ayat Kursi & Al-Fatihah

♥ Mengucap kalimah syahadah

♥ Muhasabah diri

♥ Baca doa sebelum tidur




" Ya Allah, bersihkanlah fikiranku, hatiku kerana hari esok aku ingin menjadi lebik baik, berjaya, ceria, aktif, bersemangat & positif . . aminnn ♥ "

Assalammualaikum ^^v

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

1 comment: