Nak kongsi cerita.
Cinta muka buku ? cinta internet ? cinta senegeri ? cinta berlaian negeri ? cinta berlainan agama ?. ohh, memang tak salah. Jodoh kita memang dah ditetapkan oleh Allah. Cuma kita tak tahu siapa. Baik, ketepikan soal cinta. Hee ..
Ini cerita tentang orang kita. Tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Dusun ke apa-2 yang berkaitan dengan bangsa & juga negara kita, Malaysia. [ mahap! Bukan nak suh buka buku sejarah :) ]
selama aku bersosial / beramah mesra dengan manusia-manusia di sekeliling aku, adalah aku buat research aku sendiri. Terutama dengan orang tempatan, tak kira asal dari negeri mana-mana lah. [ kalau aku dah cakap negeri tuh, kau jangan pepandai lak pikiaq orang asing! ]. Tak kira masa aku belajar dulu atau dah kerja sekarang.
Daripada research yang aku buat, 45% manusia-manusia ni suka bershopping! [ itu adalah perkara wajib bagi mereka yang berada di luar liputan kawasan mereka :P ] manakala 35% manusia-manusia ni suka melancong [ alang-alang dah kat tempat orang, berjalan je lah koje nye! ]. 20% suka berhibur [ part ni aku tak suka! ].
Aku nak cite part 20% tu je. Yang lain, abaikan!
Berhibur! Maksud si penulis belog ini adalah berhibur dengan cara tak sihat lah kan. [ ikut aku nak letak ape aku suke, nie research aku! ]. Manusia ni kadang-kadang nak berhibur dengan cara yang salah. Bukan saja salah di sisi undang-undang, malah di sisi Agama Bah kan di sisi Allah!
Kalau benda tuh dah salah di sisi Allah, maka korang tau lah apekebendenye cara berhibur yang salah!. Aku sendiri malu nak cakap! Sebab si pelakunya itu sendiri adalah makhluk ciptaan-Nya & yang sepatutnya patuh pada suruhan-Nya & meninggalkan larangan-Nya.
Tak salah kita berkawan / bercinta jika berlainan agama, bangsa tak pun negara. Kot ye pun nak berkawan / bercinta, kena lah sedia maklum tentang batas-2 nya. Bukan nak suka hatilimpahempeduginjaljantungparuparu korang nak buat batas-2 sendiri.
Bukan nak buka aib sesiapa. Cuma nak saling ingat mengingati di antara kita yang beragama Islam. Kalau dah ‘buat’ [zina] dengan lelaki / perempuan bukan muhrim yang beragama Islam berdosa, apatah lagi ‘buat’ dengan lelaki / perempuan bukan muhrim yang bukan beragama Islam ??. Nauzzubillah ...
Jiwa remaja. Tapi takda lah remaja lagi kalau usia mencecah 20an. Kira dah dewasa, tau mana baik, mana tak baik. Mana pahala, mana dosa. Mana yang boleh, mana yang tak boleh. Tambah-2 lagi, orang ni berasal dari orang-2 yang memang didikkan agamanya lebih tinggi dari tempat yang dia menetap sekarang. Tapi sayang, didikkan agama yang dia ada, dia tak praktikkan! Apa yang salah, apa yang dosa, apa yang tak boleh itulah yang dia buat!
Pada mereka-2 yang berkenaan, berhentilah nak rosakkan anak orang. Tau lah kau tu ada rupa, ada kerjaya, berkemampuan. Tapi sayang seribu kali sayang, kau salah guna kelebihan & nikmat yang kau ada. Mungkin mereka-2 tu seronok + bangga diri sebab dapat berbuat sedemikian rupa. Tapi beringatlah yee, jangan sampai Allah suntikkan penyakit lain baru nak menyesal sudaaa. Bak kata pepatah ......
Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak perbuatan .............. [ sila isikan tempat kosong dengan ayat korang sendiri ^^ ]
Kita datang kat tempat orang nak menimba ilmu / mencari rezeki. Kita datang dengan cara yang baik, kita tinggalkan tempat tu dengan nama yang baik. [ maksud aku, bila kau dah blahh dari tempat orang biarlah orang bercakap tentang kebaikkan kau, bukan keburukkan kau! ].
Bukan nak tuduh siapa. Cuma nak menyedarkan orang-orang zaman sekarang. Tak kira lah lelaki atau pun perempuan. Masing-masing dah pandai berfikir. A’ah, aku sendiri pun bukan lah warak ke alim sangat pun. Sekurang-kurangnya akal dan fikiran yang diberikan oleh Allah, gunalah dengan sebaiknya. Jangan sampai akal kita di samakan dengan akal seekor binatang.
Renung-renungkan & selamat merenung masa depan ^^v
Okehh bebehh sekalian! Penat aku berhujah panjang berjela. Bukan apa, hati tercabar & terpukul dek kerana perbuatan seorang makhluk Allah di muka bumi ini. **memang banyak kita dengar kes2 mcm nie, tapi jangan sampai orang kata kaum hawa kat tempat kita ni ‘RELA’.. kau faham kan maksud aku?? ..
kadang-kadang kita terlalu mengikut nafsu dari ikot rasional dan akal fikiran. lagi2 masa bercinta.sume menda nampak manis dan baik je
ReplyDeleteBetul tu. Lagi manis bila bercinta hanya kebaikkan dia yang kita nampak, lepas dah dapat apa yang diinginkan umpama 'habis madu sepah di buang' ..
Deletemotivator wanabe ni
ReplyDeleteInsyaAllah ^^
Delete.. sekadar menulis bolehlah luahkan apa yang terpendam :)
Wah.. Ustazah Miss Bun2.. Hihi i like your Update.. memberi nasihat dan beringat sesama islam.. yer mmg skrg belambak2 bercouple ikut hawa nafsu ja..
ReplyDeleteaihh ! tak layak nak jadi ustazah .. huhuh ..
Delete.. betul3x ! sebab Nafsu, maka banyaklah kes2x buang bayi ! .. huhh ...