♥hEy !♥

Me is BACK (^________^)!

✿ kamU yaNg chOmeL ! ✿

++ sTorey teLLiNg ++
Okehh .. no more searching for Mr. Ohsem
✿ Still ada folower ke belog ni ?? huu ✿ AnywAy, feeL frEe tO reaD :)✿ AssaLammUaLaikUm.

Wednesday, April 11, 2012

Kisah Manusia :)

Assalammualaikum W.b.t

Ishh! Ada orang tegur, kata jerawat aku makin banyak. Then dia siap doakan ada 300 bijik lagi nak tumbuh kat muka aku ni. Aku agak, mulut dia memang masinlah! Kalah rasa air laut. Laa ni muka aku dipenuhi dengan jerawat jerawat kecik kecik ala ala taik gigi kat celah celah gigi dan gusi kau. Ishh lagi! Mungkin jerawat yang tumbuh sekarang ni adalah jerawat yang ke 255 bijik. Lagi 45 bijik tumbuhlah cepat cepat. Ishh .. ish .. ishh dan ishh lagi lah! =.=”

Daripada kau doakan jerawat aku tumbuh berbijik bijik, baik kau doakan aku supaya cepat kawen! Kan ke mulut kau masin ?? kan kan ??! [ ehh tergatal lah pulak! ]

Ehh ehh! Cite tentang kawen, seyes ramai dah kawen geng geng aku dulu. Dari yang dok jadi gengster time sekolah dulu siap tarik tarik rambut / nak hentak kepala orang dengan bata lagi yuu ! sekarang semua dah jadi mama, dah beranak pinak, dah jadi bini orang. Jeles i tengok  == ! [ jodoh depa awal! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu tau! Jangan pulak jadi gengster bila dah ada laki. Kesian :) ]

Haa! Lagi nak kaboo kat u oll. Bfff kesayangan aku pun dah nak tunang dalam masa tedekat ni. Bukan seorang. Bukan 3 orang. Dan bukan juga 4 orang. Tapi 2orang. Jee. Ngehehe :P tumpang gembira pada mereka. [ hakikatnya, lagi berganda gandalah kejelousan aku pada mereka .. ciss ! ] dat doesn’t mean aku tak doakan kebahagiaan mereka. Dah jodoh diorang ^^ u guys cepat cepat lah kawen. Transport jangan lupa sponsor tau ^^v kite kan BFF .. hahakk.

Hee .. maaflah. Ayat di atas agak tergedik gedik. Saja nak bagitau kawan kawan aku dah kawen & dah nak jadi tunangan orang. [ dah ikat tuhh, jangan nak berfoya foya dah! ].

Nak share berita gumbira. AKU DAH JADI AUNTIE lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............. hahaha. Tu je. Aku suka lah ramai nak panggil aku AUNTIE pas ni. Hee .

Nak share berita sedih juga. Baru petang tadi abang aku call. Adik kepada nenek aku, merangkap makcik kepada ayah aku di sahkan meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah. Semoga roh beliau di cucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

Baiklah. Setakat ini saja coretan Cik Bun Bun malam ini. Selamat malam semua.

p/s :

~ jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sama ada cepat atau lambat jee ^^

~ kelahiran orang baru. Penyambung warisan. Juga merupakan fitrah yang suci bahkan anugerah Allah yang sangat istimewa. Hargai & didiklah beliau dengan sebaiknya ^^

~ sekembalinya manusia ke tempat asal. Kita hanya mampu berdoa untuk mereka.
Wahai Allah, ampunilah beliau, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Amin....”

Assalammualaikum ^^v

[ Like Kalau Suka . . . Terima Kasih Awak ^^v ]

3 comments: