Tarikh 2012! Ini yang banyak di perkatakan orang. Masing masing berminat untuk mengetahui kesahihannya. Pelbagai maklumat di kumpul. Apakah ramalan ramalan yang di buat selama ini hanya akan tinggal ramalan atau benar ia akan terjadi?? Namun apabila apabila berita memaparkan tentang situasi kepanasan matahari yang meningkat secara luar biasa di awal tahun ni, ramai beno yang buat tafsiran sendiri. Sah! Ramalannya hampir benar.
Beginilah manusia yang sentiasa membilang hari tanpa melihat diri sendiri. Cukup bersediakah kita kalau bukan untuk menanti kemunculan kiamat tapi menunggu saat sakaratulmaut menjemput kita??
Ramai yang terlupa tentang ini. Sebaliknya tragedi kiamat menjadi keutamaan. Pelik! Tarikh kiamat terus dihitung tapi diri sendiri masih belum berubah. Maksiat masih belum di tinggalkan bahkan semakin berleluasa je nengok nye. Astagfirullahalazimm :
Sejadah masih tidak dikenali. Arak tetap di teguk. Apa sebenarnya yang kita cari?? Menunggu dan terus menunggu sehingga akhirnya bila nyawa dijemput Allah S.W.T, kita masih tidak berubah!
Begitulah manusia. Peringatan demi peringatan terus disampaikan. Namun jawapan yang diberikan cukup mendukacitakan. Belum sampai hidayah! Soal hidayah seolah olah terus di permainkan! Bukan takat tu. Ada pula yang mengatakan " belum sampai seru "! Hokehh! Foine! Ayat tu kau boleh guna bila maknusia sejagat mananyakan soklan nuu " bila kau nak kawen?? "
Seru apa sebenarnya nak ditunggu?? Bila di tanya terkebil kebil mata dan lidah kelu untuk berkata kata. Manusia memang pandai berkata kata tapi jiwa kosong dengan agama. Bagi mereka agama bukanlah perkara penting dalam mengejar kemodenan. Agama hanya di perlukan ketika upacara pengebumian. Kalau tidak pun ketika akad nikah.
Selepas tu di mana agama itu di letakkan? Yang pasti, agama hanya menjadi hiasan di dalam kad pengenalan ( ic ). Itu pun masih ada yang merasa malu untuk letakkannya dalam ic. Bahkan merasakan ia membebankan kerana catatan identiti agama itu jadi penghalang untuk mereka melanggar syariat Allah.
Lebih malang bila ada pihak yang melaung laungkan agar agama di letakkan sebagai pilihan. Ia tidak sepatutnya menjadi suatu paksaan. Maka berkumandanglah ungkapan agama itu bukan paksaan!
Cetek dan dangkal! Itulah yang mungkin boleh ditafsirkan bagi mereka yang beranggapan sedemikian rupa. Memang agama itu bukan paksaan tapi bukan untuk orang Islam. Ia hanya untuk yang bukan beragama Islam hokehh. Islam tidak pernah memaksa mereka yang bukan beragama Islam menganut agama Islam. Tapi bila sudah berstatuskan ' Islam ' maka dia memang tiada pilihan.
Ingatlah jangan sampai Allah menurunkan bala hanya kerana kejahilan yang kita cipta. Saling ingat mengingati di antara kita agar tidak alpa dengan dunia semata mata. Allah itu maha atas segalanya. Oleh kerana itu, segala ujian dan musibah yang Allah berikan adalah suatu ruang sebagai satu rahmat pengampunan dosa.
Fikir fikirkanlah yee. Bersama sama lah kita perbaiki diri yee. Semoga di permudahkan segala urusann. Aminnn ^^v
p/s :
Okehh foine! Sangat merindui mereka ! Miss u brader & sista :(
No comments:
Post a Comment